Wednesday 14 September 2011

Welcome

Selamat datang ke Blog Panitia Mata Pelajaran ICT Kolej Sultan Abdul Hamid. 
Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1 Malaysia / Salam One Kolej,
Blog ini diurus oleh guru-guru panitia mata pelajaran ICT, Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Tujuan utama blog diwujudkan ialah memenuhi misi & visi KSAH. Usaha untuk mewujudkan blog ini juga adalah selaras dengan perkembangan semasa iaitu menjadikan kemudahan ICT sebagai wadah penting untuk berkongsi maklumat.
Bahan utama yang dipaparkan di blog ini merupakan apa yang termaktub dalam silibus mata pelajaran elektif ICT SPM (Tingkatan 4 & 5). Namun begitu, bahan-bahan sampingan yang berkaitan dengan dunia & perkembangan ICT akan turut dimuatkan. Selaras dengan hasrat tersebut, sumbangan bahan (khususnya daripada guru-guru & pelajar ICT) amat dialu-alukan. Bahan-bahan tersebut bolehlah anda e-mailkan kepada ictksah@gmail.com. Pandangan & komen ikhlas juga amat dihargai. 
AJK Panitia ICT KSAH ingin mengucapkan penghargaan & terima kasih kepada Pengetua (Encik Morazuki Hashim) & Guru Kanan Teknik & Vokasional (Puan Sobariyah Abd Razak) kerana memberi sokongan untuk menjadikan blog ini satu realiti. 
Sekian, terima kasih.
Ikhlas,
Guru-guru Panitia ICT,
Kolej Sultan Abdul Hamid,
05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia.